
Profil :
Nama : Hiruzen Sarutobi
Umur : 69 Tahun
Tanggal lahir : 8 Februari
Desa : Konohagakure (Desa Daun Tersembunyi)
Golongan darah : A
Warna mata : Abu-Abu
Warna rambut : Putih awalnya Cokelat
Tinggi : 163,1 cm
Berat : 50,6 kg
Rekan :homura mitokado dan utatane koharu
keturunan: Asuma Sarutobi, Konohamaru
Tingkat : Hokage
Jutsu : -
hokage Ketiga(三代目火影) atau Sandaime Hokage ialah salah satu watak fiksyen dalam siri anime dan manga Naruto.
Nami kelurga Hokage Ketiga ialah Sarutobi (猿飛). Nama asalnya yaitu
hiruzen sarutobi. Nama keluarganya yang dilham daripada Sarutobi
Sasuke, bermaksud "melompat seperti monyet", disokong dengan
kebolehannya menyeru seekor monyet. Hokage Pertama dan Kedua
memanggilnya Saru (猿) yang bermaksud monyet. Masashi Kishimoto pada
asalnya berhajat menjadikan Hokage Ketiga seekor anjing tetapi idea itu
akhirnya dibuang kerana dianggap "terlalu pelik".
Banyak aspek perwatakannya dipinjam daripada kesusasteraan Cina klasik
Pengembaraan ke Barat; monyet yang diserunya mempunyai beberapa ciri
ketara dengan watak utama cerita klasik ini iaitu Sun Wukong dan
tongkat Sarutobi serupa dengan tongkat milik Sun Wukong.
Latar Belakang
Pasukan Sarutobi
Hokage Ketiga ialah bekas pelajar kepada Yang Pertama dan Yang Kedua
dan sepasukan dengan Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Apabila
dewasa, beliau menjadi guru kepada Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade.
Yang Ketiga ialah ayah kepada Sarutobi Asuma dan datuk kepada
Konohamaru.
Selepas menjadi guru Orochimaru, beliau menyedari bakat semulajadi
Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru.
Beliau juga menyedari kejahatan yang terpendam dalam jiwa Orochimaru
dan berusaha untuk memimpin Orochimaru ke jalan yang benar. Selepas
menjawat jawatan Hokage, Yang Ketiga mula mencari pengganti bagi
tempatnya. Beliau berhajat untuk menyerahkan gelaran Hokage kepada
Orochimaru tetapi kerana Orochimaru hanya memandang kepada kuasa, Yang
Ketiga menyerahkan nama Hokage kepada salah satu pelajar Jiraiya.
Selepas bersara, Yang Ketiga menyiasat beberapa kes kehilangan diri
yang berlaku di Konoha. Yang Ketiga akhirnya mendapati Orochimaru
sebagai dalangnya. Setelah mengetahui bahawa Orochimaru menculik banyak
orang untuk memperoleh kehidupan abadi, beliau bersedia untuk membunuh
Orochimaru. Walaupun Orochimaru memberi peluang tersebut kepada Yang
Ketiga, beliau tidak sampai hati mengambil nyawa anak murid
kesayangannya. Orochimaru kemudiannya melarikan diri. Selepas itu,
Kyubi menyerang Konoha dan Yang Keempat meninggal dunia selepas
mengurung semangat Kyubi dalam badan Uzumaki Naruto. Maka, Yang Ketiga
keluar daripada tempoh persaraan dan menjadi Hokage Konoha semula. Yang
Ketiga juga digelar 'Profesor' kerana mempunyai bidang pengetahuan
yang luas tentang jurus ninja dan khabarnya berjaya menguasai semua
jurus dalam Konoha. Yang Ketiga juga dipaparkan sebagai seorang yang
miang. Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Jiraiya menguji
'Tōton Jutsu, 透遁術' (Jurus Melenyapkan Diri) di kolam air panas. Dia
juga tewas kepada 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Jurus Seksi) Naruto dan
gemar berbual-bual dengan gadis muda pada masa lapang.
Kindly Bookmark and Share it: