
Nama sebenar beliau ialah Namikaze Minato. Isteri beliau ialah Uzumaki
Kushina. Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'.Kerana mampu pergi ke
mena dengan sekelip mata Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan
telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja
terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha dan negara Api. Sebelum
mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia
tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi
sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan
ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak
murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan
Rin.
Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka
berdua memiliki rambut berwarna kuning dan kumpulan darah yang sama
(B). Ini kerana Minato sebenarnya adalah ayah kepada Naruto bersama
isterinya yang berasal dari negara perolakan (Uzumaki Kushina)tetapi
personalitinya jauh berbeza daripada Naruto. Beliau seorang yang tenang
dan tegas seperti yang di katakan oleh gurunya Jiraiya. Naruto lebih
menyerupai sifat ibunya manakala rupanya lebih kepada ayahnya. Uchiha
Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat.
Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya
Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang
Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan
kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.
Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti
'Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan 'Rasengan'.
Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat
untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak
sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi dengan Shiki
Fuujin
Kindly Bookmark and Share it: