
Tobirama Senju (千手扉間, "Senju Tobirama") juga digelar sebagai Hokage
Kedua (二代目火影, "Nidaime Hokage") atau "Bayang Pawaka Kedua". Dia
merupakan adik bongsu kepada Harashima atau "Hokage Pertama",
nmerupakan datuk saudara kepada Tsunade dan Nawaki. Seperti abangnya,
dia juga merupakan sebahagian daripada anggota klan Senju Ichizoku
(千手一族, "Klan Senju"). Selain itu, Tobirama juga pernah menjadi guru dan
ketua pasukan kepada Pasukan Tobirama yang telah dibubarkan. Tobirama
sangat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik Suiton
(水遁, "Gaya Lepas Sifat Air") berperingkat tinggi tanpa perlu berada di
tempat yang berhampiran dengan sumber air.
[sunting] Latar belakang
Tobirama merupakan adik kepada Harashima dan merupakan salah seorang
ahli klan Senju Ichizoku. 80 tahun sebelum bermulanya era masa kini,
dunia sedang bergolak dengan perang dan klan ninja tidak lain hanya
berfungsi sebagai suatu kuasa askar atau pembunuh upahan. Oleh kerana
abangnya, klan Senju seringkali diupah untuk melakukan sesuatu tugas
dan ini menyebabkan pihak mush mengupah satu lagi klan iaitu Uchiha
Ichizoku (うちは一族, "Klan Uchiha") selaku pesaing mereka. Namun begitu,
Harashima akhir berpendapat bahawa peperangan adalah tidak
menguntungkan dan telah membuat satu perjanjian damai dengan Klan
Uchiha. Walaupun Madara Uchiha menyetujui perkara tersebut, namun atas
desakan seluruh ahli klannya membuatkan dia terpaksa akur dalam tidak
rela.
Persekutuan di antara Klan Senju dan Klan Uchiha membuat pakatan dengan
ketua feudal di Negara Api dan Tobirama bersama abangnya; Harashima
dan Madara telah mengasaskan Konohagakure. Mereka telah mencadangkan
dan membantu agar setiap negara memiliki kampung ninja mereka sendiri
dan ini mengakibatkan banyak klan-klan kecil yang lain bergabung
membentuk suatu pakatan. Perkara ini telah mengakibatkan peperangan
berkurangan dan akhirnya tamat. Namun, keupayaan kuasa ketenteraan
setiap dari mereka masih dikekalkan melalui pembentukan lima negara
ninja terbesar selepas tamatnya peperangan dunia ninja pertama. Namun
begitu, amsih terdapat sedikit pertelingkahan dalaman di antara Klan
Senju dan Klan Uchiha. Selepas pertarungan di antara Harashima dan
Madara, penduduk Konoha beranggapan bahawa semua ini berpunca daripada
Klan Uchiha yang cuba memberontak. Namun begitu, Harashima tidak
memperdulikan semua yang diberitakan kepadanya.
Di ketika inilah juga, Tobirama telah membentuk pasukannya sendiri
iaitu Pasukan Tobirama yang terdiri daripada Hiruzen Sarutobi yang
bakal menjadi Hokage Ketiga, Homura Mitokado dan Koharu Utatane yang
kemudiannya menjadi dua orang penasihat khas di dalam kounsil di
Konoha.
Peperangan kadangkala masih berlaku dan memikirkan perkara ini masih
berlanjutan, Harashima telah menyerahkan gelaran Hokage kepada Tobirama
yang kemudiannya digelar Hokage Kedua (Tobirama kemudiannya
menyerahkan gelaran tersebut kepada anak muridnya; Hiruzen Sarutobi
untuk menjadi Hokage Ketiga) .
Setelah emnjadi Hokage, Tobirama telah menyerahkan satu jawatan khas
kepada Klan Uchiha sebagai tanda kepercayaannya. Tobirama menyerahkan
kuasa mentadbir Pasukan Polis Konoha. Bagaimanapun, (menurut Madara)
ini adalah bertujuan untuk menutup tujuan sebenar yang mahukan klan
Uchiha menjauhi urusan pentadbiran di Konoha dan meletakkan mereka di
bawah pengawasan yang ketat melalui unit ANBU.
Seperti abangnya, Tobirama juga seorang yang setia kepada Konoha dan
percaya dengan kuat kepada keamanan. Dia kemudiannya telah mengorbankan
diri di dalam peperangan dan menyerahkan gelaran Hokage kepada murid
kesayangannya iaitu Hiruzen Sarutobi.
Bahagian I
Babak penaklukan Konoha
Tobirama dan abangnya; Harashima telah "dihidupkan" semula oleh
Orochimaru menggunakan Kuchiyose: Edo Tensei (口寄せ・穢土転生, "Seruan: Teknik
Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage Ketiga
sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari
Sunagakure dan Otogakure. Sama seperti abangnya, dia turut berasa sedih
kerana terpaksa berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah
menggunakan satu teknik kuncian untuk menghilang memori mereka secara
paksaan. Ketika pertarungan berlangsung, Tobirama menunjukkan kerjasama
yang erat dengan abangnya; Hokage Pertama dan telah memaksa Hokage
Ketiga untuk menyeru Enma untuk membantunya. Hokage Kedua telah
menunjukkan kehebatan teknik Suiton dan taijutsu yang dimiliknya.
Kemudiannya, roh dan jiwanya telah dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam
perut "Dewa Maut", bersama dengan roh dan jiwa abangnya; Hokage
Pertama. Sebelum ke semua roh dan jiwanya disedut masuk ke dalam perut
"Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada bekas anak muridnya di atas
semua masalah yang telah ditimbulkan.
Babak sampingan animasi
Ketika siri animasi sampingan Negara Teh disiarkan (Tea country filler
arc), telah dinyatakan oleh seorang bekas ninja Jonin Konoha iaitu
Rokusho Aoi bahawa Tobirama memiliki sebilah pedang tenaga yang boleh
dimasukkan dengan sesuka hati ke dalam hulunya dipanggil Pedang Dewa
Petir (雷神の剣, "Raijin no Ken") atau "Pedang Raijin".
Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan
pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin.
Aoi mendakwa bahawa pengguna "Pedang Raijin" adalah kebal dalam
mana-mana pertarungan. Naum, ia telah dibuktikan salah apabila pedang
tersebut boleh dipatahkan dan dimusnahkan seperti pedang yang biasa
seperti yang ditunjukkan dalam bahagian akhir babak sampingan siri
animasi tersebut akibat serangan Rasengan dan Chidori yang
masing-masing dilakukan oleh Naruto dan Sasuke.
Keupayaan
Hokage Kedua amat dikenali kerana kebolehannya menggunakan teknik
Suiton iaitu Teknik Gaya Lepas Sifat Air dan mampu menghasilkan
pelbagai jutsu hebat tanpa memerlukan dirinya berada berdekatan dengan
sebarang sumber air. Namun begitu, terdapat spekulasi yang mengatakan
bahawa Hokage Kedua mengumpulkan wap-wap air disekitarnya bagi menjana
ke semua teknik yang digunakan. Mesti diambil eprhatian bahawa
sekiranya ini merupakan suatu yang benar, maka ia melibatkan suatu
kawasan yang besar bagi menyerap wap-wap air tersebut sekiranya ingin
menghasilkan air yang banyak. Jika ini berlaku, ia boleh dianggap
suautu keupayaan yang hebat sama seperti menghasilkan sumber air
daripada ketiadaan.
Kebolehannya dalam menggunakan teknik Suiton di peringkat yang tinggi
diperhebatkan lagi dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik
tersebut tanpa perlu mengunakan tanda ikatan tangan yang kompleks.
Contohnya; Gaya Lepas Sifat Air: Letupan Naga Air secara umumnya
memerlukan sebanyak 42 kombinasi tanda ikatan tangan (kombiansi
terbanyak pernah dilihat dalam siri Naruto), namun Tobirama hanya
memerlukan hanya satu bentuk ikatan tangan sahaja untuk emnghasilkan
teknik yang sama.
Ketika pertarungan dengan Hokage Ketiga, Tobirama juga memperlihatkan
kehebatannya dalam pertempuran jarak dekat seperti Taijutsu dan
Genjutsu (animasi sahaja) dan berpasangan dengan serasi bersama
abangnya; Hokage Pertama. Di dalam babak animasi ketika pertarungan
bersama Hokage Ketiga, Tobiraam telah menunjukkan keupayaannya untuk
memanipulasikan air bagi menghasilkan letupan air dan serangan air yang
berbentuk "sesungut" untuk menjatuhkan pihak lawan.
Trivia
* Tobirama adalah adik kepada Hokage Pertama,mengajar Hokage Ketiga dan
merupakan datuk saudara kepada TSunade (Hokage Kelima) dan adiknya
Nawaki
tobirama senju Juga memiliki murid, yaitu Sarutobi kelak jadi Hokage
Ketiga, Homura, dan Koharu, keduanya jadi penasehat Konohagakure.
Sarutobi adalah salah satu murid paling favorit Hokage Pertama dan
Hokage Kedua. Kematian Hokage Pertama banyak menjadi pertanyaan
Sayangnya mereka tidak bisa mengenal muridnya karena mereka bergantung
pada Orochimaru yang menguasai. Hokage Ketigalah yang pertama membuat
aturan baru khusus bagi Naruto harus diperlakukan baik oleh masyarakat
Konoha.