Hokage Pertama
Harashima selaku Hokage Pertama
Hashirama Senju (千手柱間, "Senju Hashirama"), atau Shodai Hokage (初代火影)
atau "Hokage Pertama" adalah pengasas kepada kampung Konoha, abang
kepada Tobirama Senju atau Nidaime atau "Hokage Kedua", datuk kepada
Tsunade atau Godaime dan Nawaki.
Harashima amat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik
Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"), satu kebolehan Kekkei Genkai
yang menggabung dua teknik iaitu Doton (土遁, "Gaya Lepas Sifat Tanah")
dan Suiton (水遁, "Gaya Lepas Sifat Air") bagi menghasilkan"kayu".
* Nama: Harashima Senju (千手柱間, "Senju Hashirama")
* Gelaran: Shodai Hokage (初代火影, "Hokage Pertama")
* Asal: Konohagakure
* Ahli Keluarga: Senju Tobirama, Tsunade dan Nawaki
* Kebolehan: Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"), Mengawal Biju
* Teknik: Kokuangyo no Jutsu (Genjutsu: Kegelapan Infiniti),
Hokage-shiki Jijun Jutsu - Kakuan Nitten Suishu (火影式耳順術 廓庵入鄽垂手, "Teknik
Penekanan Chakra") Mokuton Hijutsu: Jukai Kōtan (木遁秘術・樹界降誕, "Teknik
Rahsia Gaya Lepas Sifat Kayu: Penjanaan Semula Hutan")
[sunting] Latar belakang
Harashima sebenarnya adalah ketua kepada Senju Ichizoku (千手一族, "Klan
Senju"), yang merupakan sebuah kuasa tentera upahan dan klan ini juga
merupakan salah satu di antara dua klan terkuat yang wujud ketika
berlakunya Perang Dunia Ninja Pertama; menjadi pesaing utama kepada
Uchiha Ichizoku (うちは一族, "Klan Uchiha") yang diketuai oleh Madara
Uchiha. Persaingan di antara kedua-dua klan ini sangat hebat
sehinggakan apabila sesuatu pihak mengupah klan Senju, maka satu pihak
lagi akan mengupah klan Uchiha dan begitulah sebaliknya. Setelah muak
terlibat dengan kancah peperangan, klan Senju mengemukakan satu
perjanjian damai kepada puak Uchiha. Kedua-dua klan tersebut
kemudiannya bersatu menjadi sebuah kuasa ninja terkuat yang tergolong
dalam senarai Lima Kuasa Ninja Terbesar dan kesatuan mereka itu digelar
Konohagakure.
Logo klan Senju
Tidak berapa lama kemudian, Madara telah meninggalkan Konoha atas
alasan perbalahan yang berlaku berkaitan dengan polisi dan perundangan
di Konoha. Madara tidak mendapat sokongan daripada klannya sendiri
(pada asalnya Madara tidak setuju dengan perjanjian damai tersebut) dan
semua ahli klannya menggelar Madara sebagai "raksasa" kerana
tindakannya mengambil mata Sharingan milik adiknya sebagai suatu
tindakan mementingkan diri. Konflik ini bertambah runcing dan
kemudiannya mencetuskan kepada pertarungan di antara Harashima dan
Madara yang berlaku di Lembah Penamat, di mana Harashima muncul sebagai
pemenang. Untuk memperingati pertarungan tersebut, dua buah tugu
gergasi berupa Harashima dan Madara telah dibina berdekatan dengan
kawasan air terjun di situ.
Shodaime kemudiannya telah berjaya mengawal beberapa biju yang mana
kemudiannya telah diagih-agihkan kepada beberapa perkampungan ninja
sebagai tanda perdamaian dan bertujuan untuk mengimbangi kuasa
ketenteraan di antara mereka. Ketika Harashima menjadi Hokage, dia
telah mengalahkan Kakuzu setelah mendapat arahan daripada Takigakure
untuk membunuhnya. Bagaimanapun, peperangan tetap berlangsung, apabila
mengenangkan nasib yang bakal menimpa Konoha, Shodaime dan Nidaime pun
mula melatih Hiruzen Sarutobi (猿飛ヒルゼン, "Sarutobi Hiruzen") yang bakal
menjadi Sandaime (三代目火影, "Hokage Ketiga") kelak. Setelah mengasaskan
Konoha, Harashima telah mati ketika terlibat dalam satu pertarungan dan
telah menyerahkan jawatan Hokage kepada Tobirama.
[sunting] Personaliti
Harashima mempunyai karekter yang tenang, baik hati, penyayang dan
mempunyai rasa kesetiaan yang tinggi. Dia menganggap ke semua penduduk
di Konoha sebagai sebahagian daripada dirinya dan legasi dirinya
menjadi asas kepada keperibadian semua ninja Konoha. Dia juga
digambarkan sebagai seorang yang pintar dan berpandangan jauh, ini
digambarkan dengan usahanya untuk melatih Hiruzen. Dia adalah orang
pertama yang percaya bahawa semua ninja daun harus menunjukkan
kesetiaan kepada satu sama lain dan kage seharusnya bersedia untuk
menggadaikan nyawanya untuk menjaga keamanan kampung agar menjadi
teladan kepada semua penduduk.
[sunting] Penglibatan
[sunting] Bahagian I: Babak Penaklukan Konoha
Hokage Pertama dan adiknya; Hokage Kedua telah "dihidupkan" semula oleh
Orochimaru menggunakan Kuchiyose: Edo Tensei (口寄せ・穢土転生, "Seruan:
Teknik Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage
Ketiga sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari
Sunagakure dan Otogakure. Harashima berasa sedih kerana terpaksa
berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah menggunakan satu teknik
kuncian untuk menghilang memorinya secara paksa. Ketika pertarungan
berlangsung, Harashima menunjukkan kerjasama yang erat dengan adiknya;
Hokage Kedua dan telah memaksa Hokage Ketiga untuk menyeru Enma untuk
membantunya. Hokage Pertama telah menunjukkan kehebatan teknik Mokuton
dan taijutsu yang dimiliknya. Kemudiannya, roh dan jiwanya telah
dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam perut "Dewa Maut", bersama dengan
roh dan jiwa adiknya; Hokage Kedua. Sebelum kesemua roh dan jiwanya
disedut masuk ke dalam perut "Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada
bekas anak muridnya di atas semua masalah yang telah ditimbulkan.
[sunting] Bahagian II: Babak Sasuke dan Sai
Telah didedahkan bahawa Orochimaru telah melakukan satu eksperimen yang
melibatkan DNA Hokage Pertama; di mana dia telah mengimplan DNA
tersebut ke dalam badan 60 orang subjek ujian. Orochimaru cuba
menguasai teknik istimewa Hokage Pertama iaitu Mokuton dan juga
kebolehannya untuk mengawal biju. Proses ini kemudiannya menghasilkan
Tenzo (kemudiannya diberikan nama samaran Yamato). Akan tetapi,
Orochimaru telah kehilangan rekod ujian tersebut dan tidak mengetahui
bahawa seorang daripada subjek-subjek ujian tersebut telah terselamat.
[sunting] Keupayaan
Hashirama telah dinobatkan oleh Madara dan beberapa ninja Jounin dari
Konoha sebagai seorang ninja terhebat ketika zamannya (walaupun bukan
yang terhebat di dalam sejarah). Setiap ninja Konoha dan termasuklah
Madara dan klannya sangat menghormati Hokage Pertama (ini adalah kerana
hanya Madara dan klannya mampu menandingi kehebatan Hokage Pertama).
Kehebatannya terbukti apabila dia berjaya menewaskan Madara dan juga
Kyubi (yang berada di bawah pengaruh Madara ketika itu) dalam beberapa
siri pertarungan. Ini dianggap sangat menakjubkan kerana Madara
merupakan pengguna Eternal Mangekyou Sharingan, sejenis bentuk sempurna
Mangekyou Shraingan. Hanya dengan dapat menewaskan Kyubi sahaja sudah
cukup memadai digelar seorang ninja "hebat" kerana Hokage Keempat telah
terkorban ketika cuba menewaskan Kyubi. Bagaimanapun, sebenarnya
kebolehan Hokage Pertama menggunakan mokuton membolehkannya mengawal
Kyubi sebagaimana Madara namun bukan dari segi mengalahkannya. Hokage
Pertama juga pernah menewaskan Kakuzu suatu ketika dahulu. Ketika
mayatnya diseru oleh Orochimaru untuk digunakan bagi melawan Hokage
Ketiga, dia telah menunjukkan skil di dalam ke semua aspek tempur bagi
ninja. Sebagai contoh, dia mampu menggunakan taijutsu sekuat Hokage
Ketiga (Hokage Ketiga adalah pakar taijutsu) dan dia juga mampu
menggunakan genjutsu yang kuat sehinggakan tidak mampu dielakkan oleh
Hokage Ketiga (Hokage Ketiga juga adalah pakar genjutsu). Imbasan
kembali ketika pertarungannya dengan Madara menunjukkan dia juga mampu
menggunakan teknik seruan dan pengguna senjata yang hebat; mampu menyeru
pelbagai senjata menggunakan skrol.
Hokage Pertama terkenal kerana kebolehan menggabungkan teknik doton
(tanah) dan teknik suiton (air) bagi menghasilkan perubahan baru yang
dinamakan mokuton bagi menghasilkan "kayu". Hokage Pertama menukarkan
chakranya kepada "sumber nyawa" dan membolehkannya mencipta pokok yang
mampu tumbuh dengan kadar saiz yang besar, memanipulasikannya kepada
pelbagai bentuk dan menggunakannya ketika bertempur. Ada yang
mengatakan bahawa kebolehannya tersebut telah digunakan untuk mencipta
landskap dan asas kepada pembentukan kampung Konoha. Kebolehan tersebut
nyata suatu yang unik kepada dirinya kerana adiknya; Hokage Kedua dan
cucunya; Tsunade tidak memiliki kebolehan yang sama walaupun mempunyai
kebolehan memanipulasikan chakra pada peringkat yang tinggi.
Hanya Yamato, satu-satunya bahan "eksperimen" yang terselamat memiliki
kebolehan unik ini setelah disatukan dengan gen Hokage Pertama dalam
satu ujikaji yang dilakukan oleh Orochimaru. Yamato menyatakan bahawa
penggunaan teknik tersebut hanya pada tahap sederhana jika dibandingkan
dengan kebolehan asal Hokage Pertama. Bagaimanapun, Yamato dilihat
mampu menggunakan teknik asas air dan tanah dengan baik sekali.
Keupayaan Hokage Pertama yang sangat dikagumi oleh Orochimaru adalah
keupayaannya mengawal kuasa nyawa dan kuasa semulajadi di
persekitarannya. Melalui kebolehan ini, ia membolehkan Hokage Pertama
mempengaruhi makhluk yang dicipta daripada kuasa semulajadi seperti
biju dengan mengawal dan menekan kuasa chakra biju-biju tersebut.
Menurut Madara, suautu ketika dahulu Hokage Pertama memiliki beberapa
biju di bawah kawalannya yang mana kemudiannya diserahkan kepada
beberapa kampung ninja besar untuk mengimbangi kuasa di antara mereka.
Kebolehan dan kuasa mengawal biju ini ditingkatkan lagi dengan bantuan
oleh sebentuk rantai yang diperbuat daripada kristal yang mengandungi
chakra, namun bagaimana ia berfungsi tidak diketahui.
Hokage Pertama juga diketahui mempunyai pengetahuan dan kemahiran
menggunakan skrol dan diketahui menggunakan banyak jutsu-jutsu yang
mana ia mungkin telah dikongsikan kepada Hokage Ketiga.
[sunting] Trivia
* Rantai yang asalnya dipakai oleh Tsunade kemudian diberikan kepada Naruto, sebenarnya milik asal Hokage Pertama.
* Walaupun diketahui Hokage Pertama memiliki kebolehan dalam penggunaan
teknik mokuton, tetapi dia lebih banyak dan suka menggunakan teknik
taijutsu ketika bertarung dengan Hokage Ketiga.
* Dikatakan bahawa kebolehan Hokage Pertama untuk mengawal biju adalah
diinspirasikan oleh kebolehan Madara untuk mengawal Kyubi di mana ia
dianggap sebagai penyekat kepada kebolehan Madara tersebut